Followers

AFB FEEDS

Thursday, October 2, 2014

Harga minyak naik lagi ke subsidi dikurangkan??

Complicated betul soalan nih.. mana satu yang betul sebenarnya?? Pada aku laa kan..ape lah sangat minyak petrol , diesel tu naik doposen seliter. tapi yang membengangkan sekarang ni, bila minyak naik, harga barang2 lain pon mengada sangat ikut naik.. Sungguh laa..membebankan laa jugak kalau semua barang nak naik harga.. 2-3 hari ni, takde lah nampak lagi kesanya.. Tunggu laa seminggu dua lagi.. compem laaa, dari garam sampai ke pampers anak harga pon ikut naik..tak banyak tak sikit, 10sen 2 naik jugak.. 


SUMBER : Facebook Kelab Che Det

Tengok gambar kat atas ni, adoyaii .. puas laa aku tekan calculator ..camne laa dia boleh dapat kira kira macam tu.. Kat sapalah dia buat survey ni kan... aku sorang je minyak kereta sebulan 3-4 ratus jugak ulang alik pergi kerja. tu tak campur lagi time nak balik kampung, pegi beli barang dapur, jalan-jalan , emergency case ke hape kann... adoi giloo.. Tolong lah jangan nak menaikkan darah orang. Sepatutnya dah nak Bajet 2015, bagi lah something yang memuaskan hati rakyat.

harga baru berkuatkuasa tadi malam..hehehehe.. happy sangat!!!!

Aku harap , lepas ni takde BR1M pon tak pe laa kalau itu salah satu punca kenaikan minyak dan harga barang lain. Tak berbaloi pon. Dapat nya sikit je pon.. Tapi nanti nak keluar belanja nye lebih dari tu.. Tak berbaloi..Lagilah aku tak dapat pon BR1M.. tak layak katenye sebab pendapatan seisi rumah 3k++.. Macam takde keistimewaan sangat laa kan as a rakyat. Bukannya kerja government. Bonus pon takde. BR1M tak dapat. Cukai kena bayar..Lepasni GST pulok.. Bak kata si Gjul. Redha dan sabar je laa... Tapi sungguh laa.. lebih ramai lagi rakyat yg tersepit dengan kenaikan harga barang lepas ni walaupon depa pon memang x da kenderaan.. Sonang laa cakap suruh bercucuk tanam keliling rumah..nak tanam ubi kat mana kalau dah duduk rumah flat ni?? bilik air?? nak jemur baju pon susah tau tak?

Aku rasa , gaji orang sekarang ni takat RM2000 macam dah tak releven je.. Kena usaha lebih laa gamaknya.. buat extra income.Kerja 24 jam demi sesuap nasi.. Ye ke tidakk??

No comments:

Post a Comment