Followers

AFB FEEDS

Friday, October 10, 2014

Perginya seorang sahabat

Assalamualaikum.. Agak terkejut di malam 7 Oktober 2014, dapat berita dari group whatsApp tentang kematian salah seorang sahabat MBA. Terkejut. Sungguh la. Rasa ralat tak dapat jumpa dia . Padahal dah tahu dia sakit and stay kat spital. Sedangkan waktu aku nak kawin dulu, dia laa paling excited nak datang wedding aku. Dia laa beria ia BBM aku tanya itu ini, homestay semua, gerak dari KL bla bla bla.. Allah... rasa nak gugur jantung dapat berita . Terlalu mengejut. 
Aku sangkakan, sakit biasa je.. appendix ke , gastrik ke.. sebab dapat tahu dia cuma sakit perut salah makan. Tapi pelik juga, kenapa sampai berhari2 stay kat spital kan.. Yes.. kami xde lah rapat macam betul2 BFF.. tapi selalu jugak story morry..kalau dia nak pi karaoke, dia ajak aku skali.. Kadang kalau nak pi nonbar tengok live screening Game chelsea dia msg aku dulu pergi tak? takut takde kawan.. macam tu jugak aku... 
Yana memang baik. Cakap pon sopan santun.. Tak pernah laa kata-kata dia boleh mengguris perasaan orang lain. Bila cakap dengan aku, biasa nya dia bahasakan diri dia Yana. Suara dia pon sedap bila menyanyi.. 
Tak sangka, dia masih muda. muda lagi laa dari aku. Tapi allah lebih menyayangi dia.. Sebab tu dijemput awal. Memang terasa laa kehilangan dia. Kawan2 yg lain pon merasa jugak kehilangan dia.. Sedih kot.... 
Aku kenal yana kat Group Malaysia Blues Army Kuala Lumpur. So, dia kot wags pertama yang tegur and boleh close dengan aku. dia pon jenis peramah and senang nak berkawan.. Yana, walaupon kita tak rapat, tapi aku tetap rasa kehilangan kau.. sedih tu tetap ada..

time nonbar kat Ali Maju

MIG 02 

 MBAKL anniversary



on my wedding. Dari KL ke Batu Pahat. =(


Al Fatihah buat sahabatku Nurliyana Binti Abd.Mutalib. semoga tenang di alam sana & dicucuri rahmat. Insyaa Allah, ada jodoh kita bertemu lagi di Syurga Allah nanti ye.Kitorang tetap akan merindui kau..  

No comments:

Post a Comment