SGO

APDM SAPS

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Friday, May 29, 2015

Tempat Makan Best di KL |The Farm Sate & Grill


Sebab aku teringin nak makan sate.. memang sate feberet aku kot.. Asyik sate station je, nak try laa jugak sate tempat lain... 

Entry Sate : Review | Sate Paling best

Malam tadi gigih laa pergi Alam Damai Cheras semata-mata nak makan sate kambing. Padahal dah pergi pasar malam dulu makan ayam percik! hahaha.. maap lah.. perut aku memang tembolok.. sumbat selagi muat..Tu pon dah kira late dinner. Bayangkan lah keluar opis pukul 0630..dekat pukul 0830 baru tiba rumah.. 

Lokasi tempat melantak ni kat Alam Damai Cheras. Kira tak delah jauh sangat pon dari rumah aku.. 20 minit cenggitu lah.. Mulanya tu sesat lah jugak... Sebab lokasi kedai makan ni kat belah belakang.. Gigih pusing seround.. 

Menjejak kaki ke dalam restoran memang terasa macam dekorasi ala Indonesian..
Pastu kat dinding terhias frame gambar kambing.. 









 Memang kat sini specialty semuanya kambing.. Ada jugak ayam.. Tapi yang menjadi pilihan kami laki bini sate kambing & sup kambing...Walaupon ada makanan western yang lain aku tengok kat table customer lain besar lah pulak portion lamb shank ngan lamb rack nya..memang kepanasan laahhh kami melantak kambing nanti.. dah laa malam keliwon.. hahaha..


Time ni memang dia hantar ke table tengah menggelegak panas kat hotplate.. Sampai terpercik kat tangan Gjul.. Melecur laa sikit.. Hot plate bentuk kambing.. Uniq~




Sate kambing ni mengingatkan aku kat sate madura masa pergi Bandung dulu.Served dengan kuah kicap lagi.. Lepastuu ada rasa sos manis-manis.... Bezanya yang ni versi kambing bukan kelinci.. Tapi not bad laa.. Sedap jugak.. Bau hapak2 kambing tu tetap rasa.. memang sure lah ni kambing fresh.. Harga 1 set RM16.90 untuk 10 cucuk.




Sup kambing dengan roti bakar.. Rasanya lebih berseri kalau ada daun sup.. baru nampak menyerlahh..Nak order sup ayam, abes la pulak.. 

Sup kambing. Boleh tahan banyak jugak isi kambing ni.. memang agak pekat jugak lahh sup ni.. Takdelah rasa macam sup kambing mamak .. 


Selain tu ada jugak makanan goreng-goreng roti bagai.. Mulanya kagum lah jugakkk..wow!! banyak nya hidangan kedai ni.. Baru puji..ghupenye tu menu kedai sebelah... KAH!! sabo je lah!! hahaha.. mommy order roti nan cheese untuk Irine.. Sebab mommy terhabiskan roti nan cheese dia malam sebelum tuu..ingatkan dia taknak dahh..  tetibe dia cari.. alkisahh mommy dah sumbat dalam perut.. Tak pelahh..ni sebagai ganti.. 


 Yang ni kopi hitam Aceh Gayo namanya.. Memang betul-betul kopi dari Indonesia..agak pekat dan berhabuk dengan kopi..sedapp jugak.. dah agak pahit.. Dia bagi brown sugar.. 



Jangan tak tahu.. Ada signboard Jalan-jalan cari makan ye... Depa dah sampai sini dulu!! 

TASTE : ***
                                                          AMBIENCE : ***
                                                          PRICE : $$$
                                         SERVICES : **

Lokasi : No 45, Jalan Damai Niaga ,Alam Damai 56000 Cheras Selangor
Tel No : 013-630 2412












PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA




 salam sejahtera..




Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015

REVIEW | MIRAcle Pure Collagen Dust


Teringat beberapa tahun yang lepas.. Femes kan collagen rumpai laut.. tapi agak leceh ahh.. sebab segala nak process sendiri.. Dari mencuci, rebus sampai jadi cair.. nak kasi sejuk lagi.. 

Harini nak sharing sikit tentang MIRAcle Pure Collagen Dust (MPCD)..MPCD ialah sejenispure hydrolize collagen peptide.diekstrak dari kolagen ikan (rankaian protein). Disebabkan ianya asli, ia bebas dari sebarang bahan kimia, pewarna tiruan, perasa tiruan, additivedan tiada bahan pengawet. Takde pewarna means warna asal laa bewarna putih.. 

Bila nak mencuba sesuatu produk tu, aku lebih suka baca testimoni pengguna yang lain... Yelah..nak tau jugak kan keberkesanan sesuatu produk tuu.. 




Testimoni pengguna sebenar. Aku grab dari facebook founder MPCD 

BTW, MPCD ni,  sangat multi purpose, selain menjadi beauty suplement dengan pelbagai cara untuk dimakan, ia juga boleh digunakan secara luaran seperti ditambah bersama krim siang, make up base,spray, dijadikan masker (campuran dengan air / apa-apa masker / lidah buaya / krim malam).



Gigih nak cari background mengikut tema.. kah! cadar katil pon boleh.. ngeeee....


Bewarna putih.. Tanpa pewarna dan perisa tiruan.. 100% collagen asli.


Sebagai minuman aku campurkan dengan jus buahan atau pon milk booster susu kambing...2 sudu kecil je untuk sekali makan/minum.. 

Selain tu ada cara pengambilan yang lain boleh diamalkan..

1) amalkam 2 sudu sebelum sarapan dan 2 sudu sebelum tido. Bancuh dalam air kegemaran jus, susu , air masak atau terus kemam.

2) Untuk Detox berkolagen. Tambahkan 1 sudu MPCD ke dalam 1.5 -2 liter air masak dicampur dengan hirisan lemon/limau  dan juga daun pudina bagi kesegaran untuk berdetox.Biarkan semalam di peti sejuk. Tambahkan 1 sudu MPCD keesokan harinya..

3) Boleh jugak sprinkle atas makanan/dessert / buahan. Jangan tabur diatas makanan panas.


Dah kata MPCD ni multi purpose kann.. Selain untuk dibuat makan / minum boleh jugak dibuat untuk kecantikan .

1) Masker. Cuci muka dulu. Letakkan 1/4 hingga 1/2 sudu MPCD di tapak tangan atau bekas kecil.. Tambahkan air / madu/ putih telur sedikit . Ratakan dimuka.. pakai sehingga kering dan bilas.
2). Spray menyegarkan. Masukkan air sejuk ke dalam botol spray (botol spray akan diberi) Tambahkan 1 sudu MPCD. Goncang sehingga sebati.. Spray dibahagian yang dikehendaki. Simpan baki spray dalam peti sejuk.
3) Beauty product. Letak sedikit di  day cream / night cream/ foundation/bb cream/ pelembab/toner . Taburkan MPCD dan sapukan dimuka seperti biasa.
4) Bibir menawan . Selepas pakai gincu/lipbalm  letakkan sedikit MPCD pada bibir dan ratakan. sapukan gincu sekali lagi. Boleh juga dijadikan sebagai scrub bibir.
5. Hilangkan parut. Sediakan campuran oekat miracle dengan sedikit air. ratakan pada parut. Biarkan semalaman.


Yang ni aku jadikan MPCD sebagai scrub bibir.. Mana tau berhasilkan.. Nak bagi pinkish.. Sebab my lips ni agak dark di sekeliling bibir kalau tak pakau lipstik.. Sampaikan ada orang kata aku smoking.. kuangjaqq betul!!!

Spray di muka. 1 botol ni tahan jugak 3-4 hari.. Tak boleh simpan lama ya. Sebab ni pure collagen.. kalau simpan lelama kang bau ikan.. hahahaha.. Tapi memang baguslah.. aku siap bawak pi opis.. ngantuk je spray muka.. hehehe.. Kira pengganti Miracle water. Nak beli miracle water kan mahal.. sesuai jugak nak bagi nampak make up tu fresh.. lepas mekap , spray ke wajah tapi jangan dari jarak dekat..Selain tu aku spray kat kulit kepala untuk elakkan kelumumur dan rambut gugur.. 

Pergi kerja dengan wajah nampak segar walaupon tak bermekap.. Eye bag pon tak ketara. I loike!!! 

Suka sebab terlalu banyak kegunaan MPCD!! 

Boleh dapatkan MPCD ni direct dengan Mira

#miraclecollagendust
#vitcrosehip
#frenchrosetea (coming soon)


FB : Mira Kawaii Shop
Ig : @miracle.hq
Cantik seluruh badan
+6019-369 4896 (Mira)


Terima kasih Mira sebab kenalkan produk ni.. Best sangat dan berpuas hati.. 








Wednesday, May 27, 2015

Irine kena travel asthma | Travel asthma tu apa ya?


semalam jemput Irine dari rumah babysitter tengok dia ceria sangat.. happy..gurau2 dengan anak BS..ketawa mengekek.. sampai rumah nak masak je dia melalak nak dukung.. lepas tu nafas dia laju dan berbunyi macam brrrr..brrrr.. sebijik bunyi kucing bernapas.. Tak pernah-pernah dia demam sampai macam tu.. Mestilah aku risau.. Aku bagitau Gjul, lepas masak, kita pegi klinik.. Balik klinik kang baru makan.. Walaupon perut aku dah berbunyi cengkerik..

Sampai je klinik pendaftaran macam biasalah..Then masuk dalam bilik doktor.. Check suhu normal.. 35.6 je.. Means takde demam.. Tapi aku bagitau doktor pernafasan Irine.. Terus doktor check dada.. and dia kata memang ada bunyi macam kucing.. sama pulak doktor ni kata, dengan aku fikir.. belakang badan dia check, depan pon dia check.. Aku tak dan lahhh nak ambik gambar bagai.. sebab pikir dia je.. doktor bagitau ada asthma terus macam goyang jugak ah lutut aku.. Aku ngan Gjul takde pulak semput.. Terus direct je aku tanya Gjul "Keturunan abang ada semput ke ?".. dengan jelingan tajam oleh Gjul "Haah...keturunan abang..semua ada semput..grrrrr..".... dah nak gaduh pulak dalam bilik doktor.. Wakakakkaka... main keturunan lagi tuu.. Then doktor suruh bawak Irine untuk ambik nebulizer...

 



Mula-mula pakai dia okey laa.. happy.. dia ingat mainan kot.. sekali dia nampak ada wap keluar dari mulut, terus takut lalu tantrummmm gegak gempita lah klinik tu dengan tangisan dia.. hahhahaha.. tak boleh handle dahh..memang meronta-ronta.. Lagilah dari tadi dia nampak gula-gula lolipop atas meja doktor..gerammm je dia nak grab.. 

Then jumpa balik dengan doktor , terus takde dah bunyi napas kucing.. cuma ada batuk berkahak.. Lega sikit rasa hati.. Well, doktor terangkan lah Irine ada mild asthma @ travel asthma. Asthma ni memang sering berlaku kat budak-budak seusia Irine.. Sebab dia dah start makan.. Kalau dulu masa bayi hanya keluarkan hingus warna jernih.. Tapi sekarang boleh keluar warna hijau (kahak).. Takde lah asthma sangat pon... Travel asthma ni maknanya asthma yang menyinggah kejap je.. pastu dia hilang. Kengkonon, dia pi jalan-jalan, then singgah kejap kat Irine.. lepas neb ke @ dapat cairkan kahak, hilanglah.. gitchewww...  Baru lah aku paham...kelakar betul penerangan doktor nihh..


Balik rumah, lepas dinner, kasi Irine rilex sikit, sebab tu nak makan ubat.. Gigih laaa siap berbedung nak bagi makan ubat.... Geram betul.. Kang jiran-jiran aku ingat kami laki bini dera anak pulak dok melolong macam hape ntah irine....Tapi tadi malam dia memang tido lena.. Nafas pon tak berbunyi sangat.. memang aku kerap terjaga and pantau dia.. Mak mertua aku call pon bagitau, tak payah tido lena sangat.. pantau anak.. risau kot...

Pagi tadi sebelum nak pergi kerja, tengok dia macam dah sihat sikit.. happy-happy..cuma suara serak sebab asyik menjerit menangis je kann.. Tapi kena lah mandikan dia dengan air sejuk.. sebab suhu badan dia naik sikit.. Tapi tak nak mandi sorang lagi.. Dok sebut, nak baby, nak baby... okey lahh.. Pegi mandi dengan baby...




Asalkan dia nak mandi.. masuk besen air dengan rasa excited sebab baby pon mandi sekali.. hahahaha.. Yang aneh aneh ajaa...



And paling happy rasa hati bila benda paling jahat berjaya keluar dari hidung Irine.. EEE!! aku yang tua pon benci gila benda ni kalau demam ... apetah lagi kalau budak kecik.. Terseksa, sebab tak pandai nak keluarkan...  







Naluri Keibuan | Derita adik Aina Mashitah - Majalah 3


Seminggu yang lepas, seorang rakan yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Rehablitasi Cheras, ada menghantar 1 video di Whaasap. 1 video yang memaparkan iklan Majalah 3. "Kena tengok tau majalah 3 isnin nanti.. cerita pasal tempat kerja Zati.. ada cerita pasal seorang budak tu..nanti korang tengok eh"... 

Dan malam tadi aku mengikuti cerita majalah 3. Baru start beberapa saat, alunan nyanyian seorang kanak-kanak menyanyikan lagu "Happy birtday mama", terus buat jiwa aku diragut dan dirobek.. Entah kenapa , perasaan sayu menjelma.. Gambaran seorang kanak-kanak perempuan yang comel, manja disertakan juga video kanak2 itu yang kelihatan petah berbicara.



Aina Mashitah Bt Mohd Yunus, 5 tahun sebelum ini seperti anak normal yang lain. Tetapi segalanya berubah pada bulan Januari 2015. Di dalam penjagaan "babysitter" Aina yang baru pulang dari sekolah, selalunya akan ke taman permainan berhampiran rumah nya. entah macam mana dia boleh ke kolam renang, mungkin waktu itu dia hanya ingin bermain air, dan  boleh tergelincir. Hanya disedari beberapa ketika oleh orang ramai dimana dia telah lemas. Orang ramai menghantar Aina ke klinik swasta berhampiran. namun pihak klinik menolak kes Aina. Pengasuh aina menelefon Intan (Ibu aina) dan meminta pengasuh menghantar ke hospital tempat Intan bekerja (hospital swasta di ibu kota). 

Aina ditempatkan di unit rawatan rapi kerana kritikal . Sel otak Aina rosak kerana terputus bekalan oksigen buat jangka masa yang lama dan dalam masa 2 minggu di hospital, dia kerap terkena sawan dan kekejangan. AIna kini ditempatkan di hospital Rehablitasi untuk rawatan fisioterapi. Kedengaran suara aina menangis lagi lah meragut rasa hiba di hati.. Sebagai seorang ibu , tak sanggup rasanya nak membiarkan anak kesakitan....Harapan seorang ibu , tidak mengharapkan anak nya kembali normal , tetapi cukup lah jika mampu laksanakan keperluan diri sendiri dan dapat berdikari.. Doktor pon ada menyatakan Aina berpeluang untuk pulih.. tetapi perlu menjalani rawatan yang banyak.. Semoga Intan dan keluarganya tabah dengan ujian dari Allah... 


Boleh tonton semula di www.tonton.com.my : majalah 3/episod 20

Pagi ini, Irine pulak demam. kejap kejap panas. Dah la dia agak susah nak makan ubat. Nafas pon agak berbunyi.. Nak taknak seawal 6.50 pagi terpaksa mandikan dia.. tapi ye lah.. mesti dia rasa sejuk.. Aku bukan takut apa.. takut lah jugak, kalau suhu terlalu panas, boleh menyebabkan dia terkena sawan ke apa kann.. Puas lah aku pujuk hati, kenapa Allah tak bagi sakit demam kepada aku.. kenapa kat anak aku.. huhuhu..mengeluh pulak.. Tapi memang betul. aku lagi sanggup biar aku yang sakit dari Irine... Dia tau apa? minta hembus hingus pon tak tahu.. kesudahnya terpaksa picit hidung nya bagi hingus && kahak keluar. Kesian anak mommy.. 

Risau juga nak tinggalkan Irine ke babysitter. Mujur sebelum ke tempat kerja, check suhu badan dia 36.8..  tak setinggi awal pagi tadi.. Ubat, termometer , minyak angin dah siap2 bagi ke BS.. If melarat jugak, mintak dia call aku cepat-cepat.. boleh aku bergegas balik rumah.. 


Pagi tadi Irine mandi dengan baby.. Terpaksa lah bogelkan jugak patung dia tu mandi sekali dengan dia.. kalau tak kang melalak.. sebab kena mandi pagi.. huhuhuhu.. Cepat sihat anak mommy!!





Saturday, May 23, 2015

Simple RM100 Giveaway by Byijeni | GIVEAWAY


 Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

Thursday, May 21, 2015

Kereta breakdown! Nak buat macam mana??


Harini masuk opis pukul 10..so macam biasalah..yang jadi lambat sebab siapkan  anak dara.. nak ajak mandi dah laa susah..tapi bila dah masuk bilik air tak nak keluar pulak..aishhh... dah nak keluar rumah ade je dia.. baby (anak patung) lah.. nak minum air lah.. macam2.. 

Start enjin kereta tak boleh... ahhh..sudahh..aku dah perasan 3-4 kali time nak start enjin macam ekk ookk ekk okkk.. mula2 masa Gjul yang bawak kereta.. tak memasal dapat cuboyan kepialu ingat dia main2.. skali aku start pon problem yg sama.. tapi harini tak boleh start langsung...nak nangis ahhh ..aku mana tau pasal kereta ni..kemain exsyen bukak bonet kereta depan..ketuk2.. at last call Gjul... Dia tengah kerja..

Gjul: salam... ada apa ayang.. 
Me: kereta rosak tak boleh start..
Gjul: dah bukak bonet tak..cuba ketuk2 usik2 wayar..
Me: dahh buat dah.. x boleh jugak...
Gjul: Bateri Kong laa tuuu..
Me : apa pulak? Bukan baru tukar ke?
Gjul: hshahaha..ye lahh baru tukar.. masa tu ayg tengah ngandungkan Oyin.. dah brapa lama tu..
Me: hahahaha.. ingat baru lagi...

kalau boleh aku tak nak kot ingat insiden sebelum ni..tengah sarat mengandung time tuu.. 38weeks kot.. mengada teringin nak makan KFC..tapi nak Kfc kat KLCC.. gahahaha.. pergi KLCC semata nak makan kfc.. 3 ketul jugak aku bantai... dengan perut boyot kekenyangan..kereta tak boleh start.. huwaaa! Kat parking.. brapa banyak kereta kitorang tahan..nk charger bateri kononnya..dari kereta viva, sampai ke bmw..mlayu, mat salleh, cina semua berhenti nak tolong..sebak rasa..tp tak boleh jugakk..kesudahnya kereta kena park situu..esok baru tukar bateri sebab dah tengah malam... nak taknak kena naik lrt jugak balik

ya Allah..dah laa mcm penguin.. jauh nya nak jalan..takut terberanak je.. nak masuk area rumah pon kena jalan.. sedihh..time tuu dalam hati dah nekad... tak nak dah makan KFC!!! Memang banned laaa!... benci gila dengan KFC.. tp kesudahnya memang x makan pon
. .. tak makan kat KFC kat KLCC.. kat tempat lain tak tahan laa..nak makan jugak.. heeee..

Now aku nak buat apa dengan kereta yang tersadai ni??buat bodoh je..tunggu Gjul balik kerja pukul 3 nanti.. kang pandai laa mintak tolong dia.. heeee.. TIPIKAL WOMAN! 


My dear car, Messy.. i miss u.. please behave to me okey!

Wednesday, May 20, 2015

Bunting Pelamin tu apa?


Korang sebenarnya tau tak bunting pelamin tu apa? Dulu aku ingat bunting pelamin tu orang dah mengandung masa nak naik pelamin.. Maybe diorang dah nikah sebulan 2 awal..then dah termengandung...then naik pelamin bertiga.. Rupanya andaian aku selama ni salah.. Tu pon lepas dah kena kat diri sendiri.. Kalau tak sampai bebila pon tak tau... Ngeh3.. 

Sebelum kahwin aku memang tak pernah berdiskusi dengan Gjul nak ada anak cepat lepas nikah. Lagipun tak ready nak ada anak awal sebenarnya. Nak hanimun dulu katanya.. (unfortunately, anak umur dah 11 bulan baru dapat hanimun)...  Orang lain sebelum kahwin sibuk google nak dapat kan anak cepat..siap ada yang dah plan nak letak nama anak apa.. Tapi aku tak..padahal umur dah lanjut..ngeh3.. Aku ngan Gjul memang jenis wat hal kitorang je.. Seminggu nak nikah pon siap boleh tengok bola.. Baju nikah pon aku beli 4 hari sebelum nak nikah.. beli kat Kiosk Tesco Ampang jee! Tudung nikah pon esok nak nikah , harini baru beli.. Tu pon Gjul & adik dia yang belikan kat Jakel segamat.. AKu pilih melalui gambar whassap.. Then diorang hantar kat rumah aku.. Boleh gitu? Lagi sebulan nak nikah pon aku memandai kata tak nak kahwin sebab terasa leceh nya urusan nak nikah, pegi pejabat agama semua isi form , kena interview bagai.. WAAA! stress hokey.. Tapi semuanya settle..majlis berjalan lancar.. Aku bernikah 30/03/2013 & bersanding 31/03/2013.. 

Nak dijadikan cerita, 6 April 2013 tu majlis sebelah lelaki. So bertolak dari rumah aku pagi.. 2 jam jugak perjalanan dari Batu Pahat ke Segamat. Dari pagi asyik nk terkucil je. Maybe nerves agaknye.. Padahal aku dah kurang kan minum.. tapi wat tak tau je.. Tapi kan, memang kencing tak lawas betul.. tak nyempat nk menahan.. 2 jam perjalanan tu, 5-6 kali jugak berenti kt stesyen minyak.. Jadah melampau betul tahap kenerbesan aku..
Majlis side Gjul... 
Abes je majlis, esok nya macam biasalah..acara kemas mengemas.. cuci pinggan mangkuk bagai.. aku plak cuci pinggan mangkuk dengan makcik Gjul. Dah die dok cite pasal penyakit die sakit buah pinggang.. kencing tak lawas bagai.. Aku dah debar gile… Nk kelabu jugak mata aku ni tengok pinggan.. pastu die cakap ape, aku dah tak fokus.. Sebab aku fikir, maybe aku pon kena sakit buah pinggang kot.
Dan, Dan..terus bgtau kat asben, yg aku ni kencing tak lawas.. die pon pegi laa tanya kt my MIL tp bg pihak die.. konon die yg kencing tak lawas.. Duhhh… Xpelah.. then balik rumah aku kejap kt BP, tnye kat my mum.. mak cakap “standard laa org baru kawin..minum air bali je..okey laa nnti “.. Okey..fine.. air bali ye…
11/4 dah start masuk kerja… bosan gile.. kencing masih tak lawas lg.. hati pon dah tak keruan.. 12/4 tu baru aku beranikan diri nk Google pasal penyakit buah pinggang.. takut sebenarnya nak search.. time tu pikir, dah laa baru kahwin.. sobss sobbbsss… tetibe, ade plak link ke blog IRINE NADIA MARCELLO . Ape plak laa kaitannye.. sekali baca owh, die preggy and ada tanda2 macam kencing tak lawas …. Sebab aku macam x kisah period aku sebenarnye ntah dah lewat @ tak.. coz memang tak regular pon.. Last period 14/3/2013 .. Before tu, 28/01/2013.. kann.. memg nmpak tak regular. Takde laa eksaited mane pon..malam tu pegi jugak Farmasi beli 2 jenis UPT . 1 yg biasa, 1 lg Digital Clear Blue.  then terus singgah kat Petronas. Sebb memang dah nk pee pee, terus laa buat test. HUmm.. hampeh.. tengok 1 line jerk… terus aku simpan dalam beg. 
Masuk kereta, aku call my asben.. sebb ada perselisihan faham sikit, lgpon dok berasingan lagi kan.. tengah dok bebel2 ambik balik upt td..saje nk belek2..hahaha.. eh..tetibe macam ade double line…curious jugak aku… then aku bgtau laa kat asben, baru check UPT..double line.. dengar die macam happy jerk.. tp aku xde laa eksaited sangat.. Then baca balik direction kat kertas yg ada dalam kotak.. Test kena buat waktu pagi air kencing yg pertama dan result within 10 minutes after test. So, aku anggap je UPT yg aku buat td ERROR.
Balik rumah, susah jugak nk tido, pikir kan penyakit aku.. So, harapan aku bergantung dengan result UPT esok pagi.. kalau negatif , means kena jugak check up kat spital..mana tau betul ade sakit buah pinggang. Tak nak laa simpan lama2.. Bangun subuh pagi nye, aku terus buat Test. Adeh.. loading jugakk.. skali… Ting result Pregnant 1-2 weeks…!!! Terkejut gila… blurrr jangan cakap laa time tu.. x mandi lagi terus keluar toilet tanye my housemate.  “Logik tak, baru kawin 2-3 minggu dah pregnant?” die plak yang jerit2 happy..padahal muka aku mcm blur lagi… At the same time, aku terus call laa bgtau asben aku.. huhu.. happy plak die…
Alhamdulillah.. Anugerah yg tak disangka-sangka dariMu Allah.

Sampai opis, aku g klinik kat Batu Caves. Sakit hati, die takde pon buat UPT test lg ke,bla bla bla.. cuma tanye aku bila last aku period… then tanya aku lagi, tau tak nk kira waktu subur…? selamba je aku jawab, 3 hari lepas abes period.. wakakakaka.. Doc siap gelak lg.. hahaha.. then dia terangkan laa waktu subur tu 14/15 hari after haid yg pertama… means dalam 5 hari, tempoh subur.. oooo.. aku ingat 24 jam je ovum aku tuu..hahaha..Okey.. kt sini aku tunjuk reference my own.. hope korang faham… Plus tak payah laa membayang kan bukan2 ye.. Mana tau jadi tips.. 
3.Kalendar.Mac 2013.eilarazi.blogspot
ni laa yg doc tu ajar how nk kira waktu subur.. coz aku memang blur tahan gaban.. Mesti doc ni bisik dalam hati dia.. Kawin pandai.. /waktu subur pon tak tau.. kakakaka.. tengok IC lahir tahun bila?? lagi laaaa…Padahal masa ujian HIV test sebelum kahwin, nurse pon dah ajar..tapi aku masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... 


okey.. Dah paham kitaran haid .. tengok dari carta ni Insyaa Allah aku pregnant.. wahhh.. tak sangka pandai plak pilih tarikh kawin.. hehehe.. Masuk opis, bermula lah aktiviti menggogel about pregnancy. Sebab aku memang xde tanda2 macam yg selalu dalam tv tu. Muntah2? Mabuk? Pening??? Nak pitam?? Non hadoooo…. pee pee tu je masih kerap.
So, maksud bunting pelamin tu even baru semalam kau nikah, tapi kalau masa bersanding tu kau subur, kiranya kau dah bunting pelamin lahh.. Sebab mengandung ni, kira dah hari pertama kita period tu dah kira 1 week.. So, waktu ko subur tu, dah dikira 3-4 weeks sebenarnya.. 
Make sure lah kalau bagi pasangan baru kawin, yang perempuan kenalah noted dalam diari / kalender tarikh bila start & habis period.. Tiap2 bulan kena noted ye.. Lagipon boleh tau regular @ tak period tu.. Aku awal2 preggy baru 4 minggu kahwin tapi usia kandungan aku dah 6 minggu kan.. So, bila aku bagitau mak aku, mak aku pulak tak terima.. Apesal boleh terlebih 2 minggu, padahal baru kawin 4 minggu.. Puas explain, tapi dah dia kata nurse yang check dia dulu tak de cerita pon.. So, memang awal pregnancy dulu takut nak sharing kat orang,Mak aku tak kasik..  takut orang tersalah faham..Mulut orang ni kadang macam longkang kann..  Tapi pikir balik, anak aku halal kot!!! orang paham ke tak paham ke terpulang.. So, ada baiknya tahu pengiraan mengandung sebelum salah anggap kat orang lain.. Hehehehe..


Monday, May 18, 2015

Tempat Makan Best Di KL | Little Wok Kitchen


Selalunya aku nak pi tempat makan memana, aku google dulu.. hahaha.. Yelah.. nak make sure tempat aku makan tu sedappp.. Actually, sabtu lepas pergi ke KL Festival City... Kononnya nak makan kat Cinnamon Box.. Tup tup takde dahh.. So , sebab dah kebuluq sangat, plan makan kat sana jugak kitorang pilih Little Wok Kitchen.

Kalau nak try chinese style punya food, boleh la try kat Little Wok Kitchen.. Memang banyak gila menu yang disediakan. Steamboat set pon hadoo selain dari pakej ala-carte. Yang bestnya, setiap menu ada gambar... So tak payah laa nak tanya waiter yang ni platting macam mana.. yang tu platting macam mana.. Yang pasti most of the food platting dalam kuali kecik comel... Aku rasa macam pelahap bebenor makan dalam kuali.. Tapi kalau dah macam tu platting nya , nak komen hapa kannn...









Dah laa..cukup laa..takkan 1 buku menu aku nak tepek dalam blog.. hahaha.. 
BTW, suka tengok buku menu dia.. Menu tersusun..gambar pon menarik.. Confuse nak pilih makanan yang mana.. 



Kalau dapat food lambat, mula laa datang mood menjeng diaaaa.. erghhh.. memang suka jerit-jerit.. hilang selera orang lain nak makan Yooyin oii.. 


 Cantonese Yee Mee 
- Gjul kata kurang bawang putih.. condiments pon kurang.. 5/10

                 
black Pepper chicken & rice .
Tak pedas.. Rasa pon okey.. Irine boleh mamam.. So sharing dengan mommy je.. 
6/10


Gjul bab makan lepas kitorang abes makan dia akan bagi komen.. tu wajib ah kalau makan dekat tempat yang pertama kali pergi.. Lagi2 kalau masak Wok ni memang dia kat hotel pon masak macam ni jugak.. LAgi 1, aku dah laa 1st time makan sini.. Terbekenan black chicken .. Dah habis makan baru tanya , kenapa ambik menu yang tu.. Tak chinese style langsung.. KAlau black pepper ni, western.. Next time kena mintak suggestion dulu.. aku kan jakun.. muehehehe.. 






Pasni nak bagi rate la untuk semua tempat makan aku pergi. So senang korang nak buat decision .




 TASTE : *** Totally average.. Doesn't WOW! Doesn't anyhing wrong too!
AMBIENCE : *** (Perfectly okey). 
PRICE : $$  Not Take out & not so expensive too (budget RM8< per meal) ok lah kann..

Location :  FESTIVAL CITY KL. Ground floor
Website  : http://www.littlewokkitchen.com