SGO

APDM SAPS

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Tuesday, August 4, 2015

JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015

Jadual Periksa PT3

Weekends ritu balik kampung ayah aku macam biasalah. Mengadu kat aku pasal adik bongsu aku ni.. Tinggal dia je lah yang last bersekolah. Ambik periksa PT3 tahun ni. Tapi macam orang tak periksa kata bapak aku. Asyik dok mengadap handphone je. Bengkek je aku dengar. Dah laa sekolah lagi tapi dah pakai iphone 6. aku yang dah kerja ni pon henset cikai jak.. Tu lah kalau dah terlalu manja.. Bongsu lagi tuu... Ngecek apa semua dapat... Sampai bapak aku sembunyikan henpon dia tu pon gigih dia cari sampai jumpa.. Hish.. Sungguh melalaikan betul kan henpon ni.. 



Bila aku tanya, "dik..PT3 start bila?".. sonang je dia jawab.. "Not sure sis.. Bulan 10 kot.. tapi harap bulan 11".. Kepala hangguk dia laa menjawab..ahhahaha.. .. Geram betul .. Aku ni tak tau dan tak paham sangat pasal PT3.. Sebab dulu kan ambik PMR. Sistem pon dah lain.. Apapon sebagai kakak nak jugak bagi dorongan kat adik-adik sampai berjaya... Nanti , yang senang nya diorang.. Lagilah anak lelaki kan.. 

Nah, share sikit jadual periksa bertulis PT3... mana tau ada yang tak tau... Nampak nya peperiksaan bermula bulan oktober untuk ujian bertulis.. Ada masa lebih kurang 2 bulan je lagi adik aku nak ulang kaji.. Fuh! akak dia pulak yang debar jantung.. 





sumber : SINI
Semoga, anak-anak , adik-adik yang nak mengambil peperiksaan PT3 ni dipermudahkan segala nya untuk jawab periksa. Semoga berjaya... 


Doa sebelum menjawab soalan peperiksaan :  

1. Baca doa penerang hati 
2. Baca Al-Fatihah 7 kali
3. Selawat 7 kali
4. Zikir Ya Fattahu Ya Razzaq 33 kali
5. Zikir Ya Latif 33 kali

insyaa Allah, dipermudahkan menjawab dengan tenang, dan tidak lupa apa yang dihafal. 

5 comments:

  1. mesti berdebar-debar orang yang nak amek exam ni kan

    ReplyDelete
  2. Hahaha..kakak yang macam nak amik exam..

    ReplyDelete
  3. kata budak2 susah.. tapi tak tahulah.. harap adik adik pt3 boleh jawab dengan lancar nanti

    ReplyDelete