Followers

AFB FEEDS

Wednesday, December 13, 2017

Resipi | Asam Pedas Ayam Batu Pahat

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak makanan, favourite aku asam pedas. Bak orang kata lah kan, "tak Johor laa kalau tak makan asam pedas"..Paling aku suka asam pedas ikan sembilang. Tapi memang susah nak dapat ikan sembilang laut. Kalau ada pon harga nya mencekik. Setiap kali balik kampung bercuti, memang tak sah kalau aku tak request asam pedas ikan sembilang kat mak aku. Aku memang tak pandai masak asam pedas dulu. Tapi sejak mak aku dah tak sihat,& berkerusi roda, aku memang dah tak request lagi makanan favourite aku ni. Kesian pulak nak minta dia masakkan. Apapon, kena juga dapat kan resepi asam pedas mak.

Kali ni aku nak share resepi asam pedas ayam simple. Kalau korang nak tau, suami aku memang tak makan asam pedas ayam ni tau. Pada dia pelik. Pertama kali aku masak asam pedas ayam, dia makan sikit jerk.. Almaklum lah juga, tu pon pertama kali aku masak. Hentam laa labu. Tapi , aku tak menyerah kalah. Mesti jugak tambat perut laki aku..hiks!! .. Tapi dah 3-4 kali aku masak, fuh..sekarang dia pula yang request... makan 3-4 kali tambah...tak ingat orang belakang. Tapi resepi ni simple je. Mudah untuk "underdog/amatur" macam aku.. 






Asam pedas ayam simple Batu pahat

Hidangan 2-3 orang makan
Penyediaan 20-30 minit

Bahan-bahan untuk diblender
** Lada kering gunting untuk buang biji mesti direbus terlebih dahulu dan tos
** Bawang besar 1 biji
** Bawang putih 3 biji
** Kunyit hidup 1 inci
** Halia

Bahan-bahan untuk ditumbuk
** 1 biji bawang putih
** 2 biji bawang kecik

Bahan-bahan lain
** Ayam seekor dipotong 24 . Ambil 8 ketul je. cuci bersih
** Biji sawi
** Daun kesum
** Bunga kantan (tambahan)
** 3 cawan air
** chicken stock sesudu
** Garam & gula secukup rasa
** asam keping saiz kecil
** Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang ditumbuk dan 3-4 helai daun kesum sehingga naik bau. Masukkan bahan yang diblender. Gaul balikkan sehingga agak mendidih/ berbuih meletop letop ladanya. masukkan ayam. gaul balikkan. 2-3 minit masukkan air + chicken stock + asam keping . Biarkan seketika sehingga ia mendidih lagi sekali dan pecah minyak. Gaul balikkan dan masukkan bunga kantan , biji sawi garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum.Siap untuk dihidang.







2 comments: