Followers

AFB FEEDS

Tuesday, December 27, 2016

Keputusan Paling Berat Menjadi Fulltime Housewife

Assalamualaikum.. pejam celik, pejam celik, dah 8 bulan jugak aku jadi fulltime house yerk.. Seronok ke tidak? Jawapan aku kadangkala seronok..kadangkala membosankan.. hihi..

Jadi surirumah ni bukan pilihan aku.. Aku sendiri tak pernah bercita-cita pon nak jadi surirumah kecuali bila dah pencen nanti kot.. Apa guna aku belajar sampai ada Ijazah Sarjana Muda , tapi akhirnya tersimpan je dalam fail buat pekasam. Penat tahu bila dapat tahu ini hasilnya.. 4 tahun kot perah otak.

Dari zaman sekolah lagi aku lebih suka kerja pegang duit sendiri.. Masa aku form 3, aku bagitau mak aku nak kerja masa cuti sekolah akhir tahun..memang tak laa mak aku nak bagi. Masa habis SPM pulak aku curi2 pergi interview kat mini market..sebenarnya teman je kawan aku interview.tapi aku pulak yang dapat.😅 kantoi pulak dengan abah aku sebab manager tu call telefon rumah. Gaji tak la beso pon.. rm400++ je..tapi tahun 2003 tu kira besar jugak laa untuk seorang budak yang tak pernah pegang duit banyak sendiri..

Masa aku study kat MSU Shah Alam pon, aku buat kerja part time banquet kat hotel2 sekitar Shah Alam & Subang.. jadi laa seminggu tu dapat rm30-80 .. memang tak mintak duit belanja kat mak abah aku sangat.. Tu yang mak aku bangga tu dengan aku..hihi.. kerja halal ye.. kadang tu buat kerja promoter. 1 hari rm80.. pernah kerja dekat 2 minggu dapat rm2000++.. haaa..best gilos rasa.. 

Even dah kahwin memang segan nak mintak2 duit kat laki..sebab gjul akan bagi sendiri.. aku tak laa jenis nak mintak2.. kereta pon bayar sendiri.. 

Keputusan berhenti kerja tu dibuat masa aku tengah pantang.Anak dah 2.. Gjul pulak pikir kan Irine.. dia kan manja terlebih dengan pengasuh dia.. sampai kadang tak nak balik rumah.. Gjul tak suka.. terus dia kata " ayang ..tak payah laa kerja..jaga anak kat rumah..abang risau lah..".. Aku rasa macam 1 tamparan tau kat muka.. eh..pehal pulak suruh aku berhenti kerja kan.. aku kerja pon pendapatan isi rumah kita cukup2 je.. kalau aku tak kerja nanti macam mana?? sumpah wey..aku dok menangis jugak lahh memikirkan apa yang Gjul cakap.. dalam hati.aku sikit pon tak merasa suka.. sedangkan pantang 2 bulan pon aku dah bosan terperap je.. petah lagi forever.. 

Actually kami tinggal kat rumah flat je.. tingkat 2.. so tak merasa laa anak2 main kat tanah..memang tengok dinding je lah.. view rumah pon tak menarik..😂 so bosan.. Irine kadang2 kalau kitorang bawak dia keluar, memang dia akan cakap "tak nak balik laaa..jalan laa lagi".. hahaha..punya laa bosan rumah kitorang.. aku pon bosan..but lucky me ada kereta sendiri..ada lesen.. boleh ronda-ronda by my own.. 

Apa yang istimewa nya bila aku dah berhenti kerja, dapat spend masa dengan anak-anak. Wafiy Fully directfeed..no bottle!! tu yang manja terlebih.. Dapat spend masa dengan suami jugak.. Dulu masa aku kerja cuti hanya hari Ahad .. Sabtu half day.. ada chance laa balik kampung.. BUT! berdua je dengan Irine.. pasalnya Gjul kerja.. sedih wey bila cuti tak sama.. Balik kampung je orang tanya Laki ko mana..laki ko mana.. hahahaa.. aku bila orang tanya macam tu je aku nak nangis.. kalau xde tu kerja lah.. soalan macam aku ni menjanda je..kikikiki.. 

Bila aku tak kerja ,gjul cuti, time tu laa merasa dapat balik kg sesama.. nak pi jalan2 pon weekdays apedehal.. so dah tak kisah laa bab tu.. lagi.aku dapat uruskan anak sendiri.. Seriously aku dah lama pendam nak diperless kan Irine.. tapi pengasuh dia risau dia terkencing.. sebab diorang kerap berjalan.. matlamat aku tak tercapai lah..bila dah tak kerja , rasa macam apa guna tak kerja, tapi tak ajar anak.. at the same time dapat kurang kan kos belanja Gjul beli diapers.. Irine pon dah tak membotol.. langsung tak nak.. bila tak membotol ni pon dia kurang minum susu.. 1 hari 2 kali je.. kalau tak sikit2 nak susu.. bila dah kurang menyusu ni, baru nampak dia selera nak makan nasi.. kalau tak susu je..susah hati aku wey..

Bila dah Gjul sorang je yang bekerja..agak2 cukup ke perbelanjaan rumah?? Alhamdulillah.. Gaji dia tak delah banyak pon.. tapi cukup..bayar duit rumah, duit.kereta aku, insurans , minyak kereta, maintenance kereta bil talefon aku &dia, bil rumah, barang dapur, pakai Irine & wafiy, jajan lagi.. nafkah kami.. memang cukup je.. sebab Allah dah cukupkan..sumpah..sebelum.ni aku tak yakin langsung..

Bila orang kata,xpelah..yan tak kerja gaji laki dia 5-6K .. Kerja Mandarin Oriental..5 star hotel tu.. hahaha..kami amin kan aje doa & kata2 tuu.. kami yang hadapi.. isu duit belanja, tak pernah laa jadi beban buat masa ni.. ada je rezeki anak2.. doa kami..redha nya aku.. bab masa akan datang kalau apa2 jadi pon , Gjul ada buat saving untuk aku dan anak2.. tu yang buat aku extra lega.. 

Dulu aku risau, tak dapat beli apa yang aku nak..tapi sekarang dah tak kisah sangat dah.. sebab macam tak de je yg aku nak tu.. huhu.. nak beli barang yang aku teringin, aku join je Kutu Ikea.. hehehe..lambat pon dapat juga nanti.. kalau teringin nak makan , Gjul akan fullfill kan jugak.. kalau rasa kat kedai mahal, dia sendiri akan beli barang masak sendiri.. 8 bulan rasa tenang.. rasa takde tekanan kerja..kadang tu rindu juga suasana kerja...kalau ada rezeki yang baik, nak jugak kerja balik..hehehe

Ada juga blogger yang tanya dah tak kerja ni boleh laa buat fulltime blogger..seronok laa dapat pergi event..😂 Non hado laa... belum lagi ada kerajinan untuk update blog..nak pergi jemputan event pon anak kecik lagi.. Wafiy masih fully DF..nak tinggal kat sapa? risau pulak.aku.. irine pulak tak behave.. insyaa Allah perancangan tahun depan.. 

Untuk tambah pendapatan keluarga, aku adalah buat bisnes online dropship. saje suka-suka.. boleh follow ig @tigadis_shoppe  / @yoorinsbeauty.co yaa.. 

Thanks sudi baca karangan panjang xde gambar ni..hehehe

Saturday, December 24, 2016

Anak Lelaki Lebih Lasak Dari Anak Perempuan?

Assalamualaikum..
Betul ke perbezaan anak lelaki lebih lasak dari anak perempuan? ke sama je? hehehe.. siapa ada anak lelaki &perempuan mungkin boleh jawab persoalan ni.. 



Mulanya aku tak percaya..sebab awal2 lagi Wafiy ni jenis senyap je. Dia memang jarang menangis & banyak ragam. Jenis tak takut orang. Bagi laa kat sapa pon..even pertama kali jumpa.. dia tak kisah & menangis pon.. Sekarang dia dah 8 bulan pon.. tak takut orang. Masa Irine dulu..6 bulan dia cuma nak dengan orang yg selalu dia jumpa je. strangers termasuk lah makcik2 dia..take time nak mesra.. Kalau sesuka ambik dia, memang melalak.. Ada orang lain dalam.kereta pon dia akan melalak tak nak duduk dalam.carseat.. stress tau.. dia nak mommy je.. Berlainan dengan Wafiy.. dia tak kisah.. dalam kereta tidur..hehehe..memang senang lah jaga Wafiy.



Tapi..since dah pandai memanjat ni... adoii..buas nya.. hahaha..stress tau.. dia akan attack tempat wayar2, dah hadang pakai meja pon dia boleh panjat.. kalau letak kat sofa dia confident boleh turun tapi versi dia la terjun je.. 😅 dahi dia dah berlebam2.. padahal mommy tak kerja.. Gjul kalau balik tengok Wafiy dah merah kat dahi, tak marah aku dah.. tau la dia anak dia lasak macam mana..hahaha..

By the way aku tak boleh juga nak bezakan Irine dengan wafiy.. sebab dulu kan bekerja.. mAsa bersama waktu cuti je.. tu pon hari Ahad..hari lain berapa jam je wey.. keluar kerja pukul 9 pagi.. smpai rumah pukul 7-8 malam.. pukul 11 malam dah tidur.. memang tak nampak sangat kelasakan Irine. Dengan wafiy 24/7 kot.. memang penat la uolss.. tak boleh leka.. aku siap request kat Gjul suruh belikan pagar... 😂😂

Ni pon sekarang bergaduh je dengan si Irine.. tidur pon kalau sedar kakak dia baring sebelah memang menangis.. nak dengan mommy je.. 😉 tapi kak dia dengki..tengah dia menyusu pon tetiba je dia menyelit.. hahaha..geram je rasa kalau dah menangis bingit.. ni baru kecik lagi.. 2-2 dah beso kang bertekak adoii..bertambah stress.. 😄



Kadang memang tak terlayan dah si Irine tu..kesian kadang2.. tapi budak2 sekarang ni nampak cepat matang.. sebab tengok tv ke ek?? 

Monday, December 12, 2016

LIBERTY PRINTING | MALAYSIA BUTTON BADGE SUPPLIER

Assalamualaikum.. 
Anybody out there love to collect button badge? I love too, but my collection not to many. I'm also do button badge on my wedding for family members. So, people who attend my wedding , know which 1 my family.
Here I share where to find Malaysia Button Badge Supplier which is you can decorate DIY button badge by your own design !!

What is Button Badge?



Button badge can be a creative and cost-effective way to market a brand or product? As long as you know how to fully maximize the potential of it, the possibilities are endless! Here’s why:
  • Inexpensive to produce - with cost as low as RM0.40 each (included printing cost).
  • Various different types of finishing for different usage / application - magnetic to be placed on fridge, pin it on hat, turn in into a hook and many more different usages.
  • Able to reach a wider audience for a long term result - Because of the low cost to produce, businesses can produce in bulk and with its durability, it can be used for a long time.
  • Able to tailor to individual marketing needs - Can be used for brand awareness, product launch, corporate identity or personalized gift ideas.
Button badges are great for schools, corporate events, product launches, fundraising opportunities, weddings or personalization gift ideas.


4 reasons why you should get the button badges from Liberty Printing:

  • They're offer 16 designs of Button Badge with different sizes.
  • All button badges are made of high quality metal and very durable.
  • The image / design of your choice can be printed on high quality glossy paper, no limitation of colours.
  • they're offer most competitive packages for Liberty Agent.

www.libertyprinting.com.my
 sample 1






www.libertyprinting.com.my
                                                            sample 2



Know more about Button Badge Production:


www.libertyprinting.com.my


Button Badges are produced using an easy to use button badge machine. The machine can be used for the production of various button badges, pins, keychains and fridge magnets. The investment cost for the machine and material is minimal while it can generate up to 5X profit. Ideal for any businesses such as fast print shop, event companies, gift shops, photography studios, souvenir shops to expand their product offerings.

Some inspirational usage of the button badges include a personalized fridge magnet with family photo, corporate button badge for company event, door gifts for wedding dinner, button badge with names for sales assistant in retail outlets.


Main features of Liberty Button Badge Machine:


  • Small size, light weight
  • No power supply required
  • Simple to install and operate, user-friendly
  • Fast production, high profit margin
  • Secure and durable, low failure rate
  • No maintenance required
  • Extensive application

TUTORIAL : Button Badge Making





Liberty Button Badge Package, your best choice | Starter Package from as low as RM1200

Best of quality – Liberty Button Badge Machine (body) is made by aluminum while the button badge mould is made of chrome plated steel and rust-resistant surface finishing that allows frequent usage of up to 5 to 10 years.

Starter package from as low as RM1,200, (Click here : http://www.libertyprinting.com.my/products/Button-Badge-Package.html?categoryid=116)
  • Aluminum button badge machine
  • Chrome Plated Steel button badge mould (choose from one of these sizes: 75mm, 58mm, 44mm, 32mm or 25mm)
  • Button Badge Die Cutter (worth RM400)
  • 100 pcs of high quality button badge material (metal front, plastic pin back and mylar – the clear plastic cover)
  • 100 sheets of Inkjet Paper
  • Complimentary 1-on-1 Training
  • Complimentary design template in CD format

Aside from the above mentioned, you can also enjoy 1 year warranty and technical support provided by our professional technical team.


www.libertyprinting.com.my


Interested to know more about button badge printing?

Kindly email or call our sales person:

📞Contact Number: 019-9858151 (Ms. Elaine) or 019-3231515 (Mr. Steven)
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T), Malaysia Button badge supplier:
📬Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.
🕘Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)







Monday, December 5, 2016

Ruam Bayi Powder Halal, Bersih & Suci

Assalamualaikum.. 
Sebelum ni uruskan Irine agak mudah juga.. sebab dia xde allergik apa2 produk.. Pakai segala jenama pampers ke semuanya okey.. xde laa keluar ruam ke melecet ke..gatal2 ke..memang takde.. so, nak beli pampers untuk irine dulu , mommy x de lah nak cerewet sangat.. murah ke mahal ke semua bedal je.. Tapi since ada wafiy ni kena cerewet sikit.. pakai pampers mahal pon tak boleh lewat tukar tau.. memang akan naik kemerahan kat kelangkang dia.. tapi kadang cepat tukar pon naik ruam juga.. ye laa..Orang kata alat sulit bayi lelaki ni memang sensitif.. Tu pasal ada angin pasang lah, mudah terjangkit kutu kucing lah.. penjagaan pon agak rumit.. kena pastikan cuci pon kena bersih2.. kalau irine dulu pakai pancit air dengan wet tissue je.. Tapi wafiy, Mommy akan pastikan "RAJIN" pergi toilet untuk.cuci dia..hahaa..memang nak betul2 bersih..





RUAM BAYI POWDER HALAL,BERSIH & SUCI

Mommy diperkenalkan dengan produk Ruam Bayi Powder ni pula.. Serasi pulak dengan Wafiy.. calit dan sapu sedikit je dah memadai.. memang keesokkan harinya ruam tu hilang.


 PENAWAR PSORISIS, ECZEMA , & SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT

Selain dari masalah ruam bayi, Ruam Bayi Powder ni juga boleh merawat penyakit kulit dengan mengikut cara Rasulullah s.a.w. Ia berasal dari 100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersam air galian yang telah ditapis secara khusus. Ia juga merupakan sunnah Nabi S.a.w kerana salah satu cara Rasulullah mengubati penyakit kulit adalah dengan menggunakan tanah liat.

Dalam Sahih Bukhari Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata "Jika seseorang mengadu mengenai kudis (penyakit kulit), atau luka, Rasulullah s.a.w meletakkan jarinya sambil membaca :
Maksudnya;
" Bismillah , tanah bumi kami dengàn campuran air liur, dikalangan kami, disembuhkan orang sakit dikalangan kami dengan izin Tuhan kami". Kata Ibn Qayyim " Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah , maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insyaa Allah daripada tanah ". 



JAMINAN HALAL &SUCI DAN DIIKTIRAF SIRIM

Ruam Bayi Powder , dibuat secara homemade warisan semulajadi turun temurun. Diiktiraf oleh Sirim Qas International dimana selamat digunakan dari bayi sehinggalah orang dewasa. Dijamin halal dan suci.

KHASIAT PENGGUNAAN RUAM BAYI POWDER

1- Menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
2- Cepat meresap ke dalam.kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut.
3- Bebas paraben dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.
4- Dapat mengurangkan ruam.pada bayi.
5- Amat sesuai.untuk semua jenis penyakit kulit.
6- Satu bekas tahan lama. Selalunya tahan untuk.beberapa bulan dengan penggunaan yang minima.

CARA PENGGUNAAN RUAM BAYI POWDER

1. Sapu pada kulit sensitif setiap hari terutama malam sebelum tidur.
2. Jika air didalam bekas sudah kering boleh ditambah air lagi. Campur.dengan air yang boleh diminum dan lebih mujarab dengan air zamzam.. Elakkan penggunaan air paip kerana ia mengandungi klorin yang tidak elok.untuk kulit.
3. Jika mengalami gout, gastrik, @ keracunan makanan, ambil secubit, bancuh dalam setengah cawan air biasa ..kemudian boleh diminum. Ia memang selamat dimakan. 
4. Jaga makan dan kerapkan minum air masak untuk.elakkan 


TESTIMONI PENGGUNA RUAM BAYI POWDER



Merawat ruam bayi

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN! !

Jahat sungguh manusia yang ambil jalan mudah menutup pintu rezeki orang lain.. Produk Ruam Bayi.powder juga tidak terkecuali .. 

amaran.. Ruam Bayi Powder tidak pernah menggunakan @ menjenamakan @ rebranding produk tu ya.. 

Berhati-hati ya para pembeli sekalian. PASTIKAN ORI BARU BELI.. 

Untuk mendapatkan Ruam Bayi Powder ini.. anda semua boleh menghubungi 
 HQ  En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)  

Atau boleh layari laman web 

Facebook






#ruambayipowder
#bedakruambayi

Wednesday, November 30, 2016

JUS QALBI AL EHSAN DI PAMERAN MAHA 2016



1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Mommy tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?


👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?


Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.



FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI


🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.






Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

Tuesday, November 22, 2016

Program Jom Kurus Cepat Bersama Dr Malinda

Assalamualaikum.. 

Ada tak pembaca blog ini yang nak gemuk?? Rata-rata keinginan manusia normal ni dah tentu tak nak gemuk sehingga mengakibatkan obesiti kan? Masing-masing berkeinginan bentuk tubuh yang menarik.. Tak nak lah terlalu kurus.. Dapat body "solid", boleh pakai baju idaman pon dah tersenyum lebar.. Tapi percayalah.. kadang2 impian nak kurus tu cuma mimpi dan sekadar angan-angan.
Sebab aku ni kategori gemoks berisi jugak lah.. kadang memang menyampah tengok cermin full body..BMI pon opcoz lah tak cantik tak seragam dengan ketinggian yang aku miliki.. Lagi-lagi bila baru sahaja melahirkan bayi.. 44 hari berpantang je dapat merasa kurus.. Lepas tu?Gemoks balik.. hahaha.




Ebook dr malinda , HCG




DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

Hcg , kurus cepat

 OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!



ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI > 23

Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi 

> 102 cm (40 inch) – Lelaki

>  80 cm (35 inch) - Wanita



Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu. 

Anda dikatakan obese apabila :

Wanita : Peratusan lemak badan >32%

Lelaki : Peratusan lemak badan >25%


Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :

Diabetes (Kencing manis)

Hipertensi (Darah Tinggi)

Kolestrol Tinggi

Penyakit jantung koronari

Stroke (Angin Ahmar)

Batu hempedu

Kanser Payudara

Kanser Prostat

Kanser kolon (usus besar)

Masalah pernafasan (respiratori)

Masalah muskuloskeletal

Vena varikos

Masalah kulit

Osteoarthritis

Penyakit Alzheimer’s

Gout

Sleep Apnea

Infertility (Ketidaksuburan)

Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)



Depressi



Aku ada terbaca satu artikel yang boleh tahan sedih.. Ya lah.. terasa juga.. meh aku share kan  link artikel tersebit untuk korang baca...


PERNAH DI HINA KERANA OBES


Dan artikel ini.

Wanita Ini Masuk ICU Setelah Ambil Produk Kurus

http://www.drmalinda.com/2016/03/wanita-ini-masuk-icu-setelah-ambil.html?m=1



APA ITU hCG?


HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.

Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.



APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?


hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.




DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?


Jangan Risau.

Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui  proses cleasing  dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.




ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?


BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.



BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?


Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy)  dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).




ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?


Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda  akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. 

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda. 




BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?


Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.




TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?


Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.




APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?


Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.






APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?


Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!




ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?


Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah  mengambil program ini juga  berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.




BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?


Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!


 BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?


HCG injection 125IU diambil setiap pagi.

Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi

Injection – sebelum sarapan pagi






INJECTION BUAT SENDIRI?


Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject.

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.



KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?


Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.


BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?


Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.



Untuk TESTIMONI yang telah berjaya, boleh lihat di link :

http://www.drmalinda.com/2013/11/tukar-bentuk-badan-dalam-masa-23-hari.html



http://mellmerah-letsgetcookin.blogspot.com/2014/03/hcg-diet-program-progress.html



Sharing @ Testimoni dari Clients di Dr Malinda Health & Beauty Academy





Puan Farah


Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...

OBESITI....

Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...

Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut 
kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...

Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...

Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...

"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...

Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???

Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...

"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."

Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...

Paling tragis...

Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...

"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"

"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"

Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa? 

****************************************************

Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:

*join 1st cycle hcg program under doc malinda

*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg..(best giler kot...hahaha...)

*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...

*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...

*variation of exercises...kene rajin...the best early morning...*consume best suplement suggested by doc malinda.

*do my best eat clean food and istiqomah

*stay positive, avoidppp stress thing and people

*always keep in touch with our support group

*of course beli, tempah dan alter baju2 sluar2 kain2 dlm wardrobe..

Skrg aku jadi pemilih...cerewet...bijak...semuanya dr segi apa yg nak masuk dlm bdan aku...baik makanan baik minuman baik suplement...sukar awalnya tapi hati kene cekal sebab aku dh nmpk perubahan besar dan positif dalam hidup...

*kebas tangan hilang

*gegata langsung hilang (klu dl seminggu paling2 skali wajib kene)

*berat hampir 16kg turun

*inch loss sgt ketara

*kulit makin cerah dan muda

*hidup makin happy

*even belum capai berat ideal tp mcm doc malinda ckp...tak perlu tunggu jadi sempurna utk inspire org lain.

*even masih belum ad rezeki pregnen...aku dpt jaga suami tersayang Mirza Mohamed dgn baik dan guide dia utk healthy life jg.


#hcgdrmalinda

#ldl

#jihadsihat


 Team Dr Malinda mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga FREE GIFT sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.

Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan FREE GIFT, Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email : drmalinda@gmail.com

Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.



BAGAIMANA NAK BERMULA?

Mudah Sahaja! Hubungi team Dr Malinda di WhatApps 017 508 4430 atau email di drmalinda@gmail.com PENDAFTARAN HARI INI!

  Jom sertai! Mereka berbesar hati untuk membantu anda!

Tahniah & Selamat Ucapkan Selamat Tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat!



ALL THE BEST  !

Website : www.drmalinda.com
Facebook : DR.MALINDA

Saturday, November 19, 2016

TIPS DIAPERLESS IRINE SEBELUM DIA 3 TAHUN

Assalamualaikum..
Bulan depan 28/12, Irine dah menginjak usia 3 tahun. Tak sangka jugak berjaya diaperless dia sebelum.usia 3 tahun. Lama dah aku rancang tak nak kasi dia pakai pampers dari masa aku pantang kan Wafiy lagi. tapi gagal.. tu pon 2 hari je.. asyik kencing & berak kat spender je.. hahaha.. mommy pon give up dan malas.

Entah macam mana 28/10 tergerak hati aku nak cuba lagi sekali .. kali ni mommy kena struggle lah kalau dia kencing dalam.seluar pon kena tabah.. 



Hari pertama :

- Memang mencabar. Selepas mandikan dia aku dah cakap kat dia.. " Irine..ni mommy tak pakai kan pampers.. kalau kakak nak kencing @ berak..bagitau mommy tau".. Dia pon jawab.. "alaa.. nanti oyin kencing".. aku pon jawab.. " tak pe..kakak cakap dengan mommy..nanti mommy bawak pergi toilet".. dia pon jawab.. " okey mommy".. tapi..tak sampai setengah jam.dia dah kencing dalam.seluar..grrr.. nasib x kencing kat tilam ke kat karpet ke.. naya je.. tapi.lepas tu setiap 1 /2 jam lah aku tanya nak kencing tak..nak berak tak..hahaha.. dia jawab tak nak pon..kali ke 2, kali 3 kencing dengan berak dalam seluar.. waaa!!! rasa nak give up dahhh.. opcoz lah termarah dia.. hahaha..mak tak sabar dah.. 

Hari ke dua :

Lepas mandi pagi tu.. aku pesan ulangan yang sama.. nak kencing ke yak yak ke bagitau mommy.. tapi haritu dia menangis nak pakai pampers.. takut.aku marah lagi mungkin.. " oyin nak pepes mommy.. nak pepes".. adoii.. sebak pulak rasa.. tapi kena kuat lah harini.. kalau dia terkencing ke terberak ke aku tak boleh marah.. sebab dia dah berusaha.. maka aku pon kena lah berusaha jugs tahan marah.. kalau tak sampai bila kan.. macam hari.pertama..dia terkencing lagi dalam seluar
. fuhhh.. kat bilik.. dia dah bagitau dah nak kencing.. tapi tak sempat sampai toilet ..hahaha.. masa aku tukarkan baju dia tu..aku bagitau dia..xpe kakak.. nanti akk bagitau k kalau nak.kencing @  berak..macam tadi tau.. dia jawab " okey mommy.. nak beyak , nak tencing cakap kannn??".. okey.. alhamdulillah.. hari ke 2 tu sekali je laa dia terkencing.. seterusnya dah okey.. dia cakap..tiap kali dia bagitau nak tencing, nak.yayak tu..memang aku dengan dia berlari2 pergi ke toilet.. hahaha..suka dia..dia ingat macam main.. 

Hari Ketiga :

Hari ke tiga pon alhamdulillah..aku keep bagitau laa nak kencing nak beyak bagitau macam semalam tau kakak.. xpe.. mommy tak marah.. okey..dia bagitau.. tetiba mak aku ajak pegi berurut pulak.. nampak gayanya kena keluar..dalam.hati adeh..risau pulak laa..dia terkencing dalam.kereta..ingat nak pakai kan dia pampers jugak.. tapi pikir balik.. tak pe lah.. cuba ..kita cuba jugak kali ni Oyin.. 😄..  sebelum pergi aku bagi dia minum air masak segelas.. so x sampai 10 minit tu dia pon kencing sebelum keluar rumah.. hehehe.. so sepanjang perjalanan & kat rumah tukang urut tu dia x laa kencing.. tapi kena sentiasa tanya jugak tu.. risau terkencing kat rumah orang.. Alhamdulillah.. berjaya.. kat rumah orang tu dia dah makan & minum..so dalam.kereta tu risau jugak kan.. nasib abah aku berenti kat petrol pump.. then tanya dia kakak nak tencing ke.. dia pon..haah.. nak.. fuh.. lega..kira hari ke tiga pon berjaya.. walaupon kat luar.. hari ke-4 pon dah berjaya & officially lah dia diaperless.. syukur rasa. dapat jimat beli pampers kan.. cuma malam nak tido masih lagi pakai pampers.. kadang siang dia mintak pakai pampers juga.. aku cakap pampers habis.. ayah belum beli lagi..hahahaha..sedikit tips mudah untuk ajar anak tak pakai pampers:

Tips Anak diaperless

1- Pastikan anak dah pandai cakap. kalau tak pandai cakap lagi susah jugak.. huhu..kalau tukarkan pampers @ cebok anak tu bagitau dia..ni beyak..ni kencing.. 
2- kerap ajukan soalan "nak kencing tak? nak beyak tak?". agak kalau dah 1/2 jam tu tak berak @ kencing bawak je pergi toilet.. cangkungkan aje.. kang dia kencing laa.. budak2 ni dah biasa pakai pampers, so dia biasa kencing berdirilah..baringlah.. tak biasa lagi.. takpe..kita biasa kan.. 
3- kadang kena mentipu juga ..bagitau pampers dah habis..ayah belum beli..takdak duit beli pamperz..hahaha.. 
4- aku dah 4-5.hari tu irine dah diaperless aku belikan seluar pendek spender tu yang disney punya sebab dia suka frozen..okey.. takpe.. 2 helai rm20..lebih mahal dari spender mommy.. 😅😅 xpe lahh..dah jimat kan beli pampers..apa salah nya.. 
5 - jangan bagi anak2 yang diaperless ni pakao seluar.jeans lah butang2 lah.. susah nak bukak.. bagi yang senang nak bukak.short pants ke, spender je ke.. kat rumah kan.. xyah laa bagi yang menyusahkan nak bukak..bagi yang senang dia bukak & pandai pakai sendiri.. sedikit sebanyak dapat ajar dia pakai sendiri kan.. sebelum ni.Irine x pandai bukak @ pakai seluar sendiri..ni dah pandai.. kadang terbalik jugak ..hehehe..
6- mindset parents jugak.. jangan give up!! NEVER!! .. Walau anak terkencing ke terberak ke jangan berundur.. itu satu motivasi & ajar kita bersabar dengan kerenah anak.. kalau harini tak pakai..esok pakai..lusa tak pakai.. memang susah nak menjadi.. lagi satu ..jangan marah lah.. sabar je.. tu kan proses pembelajaran diorang.. akan gagal sehari -2 tu.. kena target dalam seminggu sekurang-kurang nya..
7- Bila dah berjaya..jangan lupa reward anak-anak anda.. sebab itu salah satu kejayaan jugak tauu.. susahh okey nak putus pampers..hahaha..tapi kena lah bagitau.."ni hadiah tau kakak..sebab kakak dah tak pakai pampers mommy belikan".. aku belikan dia baju Kiki Lala.. hahaa.. ya.. nak bagi hadiah kat budak2 ni aku memang jarang bagi dia pilih..compem2 lah dia pilih mainan..hahahaha..biar aku pilih sendiri.. puas hati.. dia pon pakai kann.. 

Okey..itu je sedikit tips yang dapat aku bagi... aku rasa tips yang letak cicak la..letak lipas dalam.pampers tu tak rasional langsung.. budak2 ni bukan tak bijak.. lagi nak takutkan dia.. tu yang sampai ke tua takut lipas..hahahahah...